QURBAN & AQIQAH AMAL PASTI SELANGOR 2023

SERTAI IBADAH KORBAN 2023
BUAT UMAT ISLAM YANG MEMERLUKAN DI BUMI AFRIKA
Jom Azam untuk ibadah KORBAN tahun ini
Firman Allah S.W.T :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
"Maka solatlah untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban"
(Surah Al-Kauthar : 1-2)
PASTI Negeri Selangor membuka peluang kepada tuan puan untuk menyertai ibadah korban atau akikah dan merebut pahala yang berganda dalam melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tanda kesyukuran terhadap segala nikmat yang diberikan olehNya.
Peristiwa korban mengajar kita bahawa apa jua harta yang kita punyai di dunia ini, ada bahagiannya untuk insan lain.
Justeru, kami mengajak anda untuk mewakafkan sebahagian daripada harta yang ada demi melaksanakan ibadah ini.
Tahun ini merupakan tahun ke lima penganjuran program korban & akikah PASTI Negeri Selangor sejak tahun 2018 bersama rakan strategik kami iaitu Muslim Care Malaysia Society.
DI MANA IBADAH KORBAN/AKIKAH AKAN DILAKSANAKAN?
Korban dan Akikah akan dilaksanakan di negara NIGER di benua Afrika. Daging Korban/Akikah akan diagihkan kepada saudara muslim kita yang memerlukan.
BILA TARIKH TUTUP PENDAFTARAN?
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 23 JUN 2023
BERAPA HARGA KORBAN UNTUK TAHUN INI?
Harga korban pada tahun ini adalah hanya RM550 sebahagian lembu atau RM3850 seekor lembu, dan RM750 untuk seekor kambing.
.jpg)





Gambar misi korban & akikah PASTI Negeri Selangor pada tahun-tahun sebelumnya
Klik pautan link untuk keratan akhbar laporan misi Qurban Aqiqah 2022 dan Youtube dari Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/864220/sampul-paling-bermakna?fbclid=IwAR3HTC8uKN1lOT0t1LbXAnz9F8JDybnI5hPHguMS-G_O20TXNrG_wCpObOA

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAFTAR?
Pendaftaran boleh dibuat melalui kaedah manual atau pendaftaran secara dalam talian menggunakan sistem On-pay dengan mengisi borang di bawah.
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Semoga niat kita untuk melaksanakan ibadah korban/Akikah pada tahun ini dipermudahkan ALLAH.
"Usah Sia-siakan Kedatangan Zulhijjah Kali Ini"

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Nama : Smart Amilin Resources
No akaun : 5629 9101 4942
Sila letakkan reference
" KORBAN 01"
PERHATIAN !
SEKIRANYA TUAN/PUAN MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENGISI MAKLUMAT ATAU MELAKUKAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM INI, SILA BERHUBUNG DENGAN SEKRETARIAT PROGRAM :
http://www.wasap.my/+60107874117/Qurban
AKAD WAKALAH IBADAH KORBAN
LAFAZ NIAT KORBAN/AKIKAH:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan ini saya wakilkan kepada PASTI Negeri Selangor atau wakilnya sebanyak ....................... ekor/bahagian di atas bagi membeli dan menyempurnakan Korban/Akikah bagi diri dan milik saya atau bagi penama-penama yang tersebut. Saya juga bersetuju dengan rela mengizinkan pihak tuan mengagihkan pembahagian daging Korban dan jika ada lebihan wang, saya rela wang itu digunakan untuk perbelanjaan berkaitan.
LIKE |FOLLOW |SHARE