Infaq Ramadan PASTI
Mulakan Ramadan Kita Dengan Amal kebajikan , Jom Kita Menyumbang Sekarang!
INFAQ RAMADAN 2023/1444H
INFAQ RAMADAN 2023/1444H
PASTI Smart Amilin membuka peluang kepada orang ramai yang sudi menyumbang buat PASTI bagi tujuan Dana Pendidikan PASTI (Fi Sabilillah) sempena bulan Ramadhan tahun ini .
Untuk makluman , pada tahun ini beberapa orang pelajar ,pihak PASTI menaja pengajian dengan sumbangan orang ramai, malahan juga kami menggunakan sebagai inisiatif kos operasi, sumbangan ihya' Ramadan dan sebagainya menjelang Aidil Fitri.
Ini cabaran besar bagi pihak pengurusan sekolah seperti PASTI Smart Amilin, Hulu Selangor. Hal ini kerana sebagai sebuah institusi pendidikan bukan kerajaan, yuran pelajar adalah sumber pendapatan utama untuk membiayai kos operasi dan pengurusan sekolah.
Ini meliputi elaun guru dan kakitangan sokongan, sewaan bangunan, kos utiliti, kos penyelenggaraan dan sebagainya. Ditambah pula dengan kos tambahan.
Program Tahlil Perdana sempena Ihya' Ramadan PASTI Smart Amilin yang dianjurkan secara tahunan oleh Al-Fadhil Imam Muda Megat
Iftar Perdana PASTI Smart Amilin juga turut menyantuni pelajar Madrasah/Tahfiz
Program Tahunan, Sedekah Ramadan Bubur Lambuk 500 pek
Infaq Ramadan pelajar PASTI , melatih anak soleh-solehah dalam berkongsi rezeki
Tadarus dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana sempena Ihya' Ramadan
Program tahunan, Tabarruat PASTI
Sedekah Ramadan Pek Makanan buat warga PASTI dan Ibu Bapa yang dikenal pasti
Berapa jumlah yang diperlukan?
Kami mensasarkan untuk mengumpulkan dana sebanyak RM20,000 bagi infaq Ramadan ini
Dana sebanyak RM20,000 tersebut ialah bagi membiayai program dan kos PASTI antaranya :
1. Kebajikan (Bantuan Pelajar Asnaf/Bantuan Pek Makanan/ Tajaan Yuran)
2. Aktiviti pelajar (Sukaneka/Alam Ria/Ihya' Ramadan)
3. Operasi PASTI sepanjang sesi 2023
Bagaimana untuk menyumbang?
Untuk memudahkan pihak tuan puan untuk menyumbang untuk Infaq Ramadhan PASTI Smart Amilin ini, kami telah menyusun pakej sumbangan seperti berikut :
- PAKEJ A : INFAQ RAMADAN PASTI SMART AMILIN (RM300)
- PAKEJ B : INFAQ RAMADAN PASTI SMART AMILIN (RM100)
- PAKEJ C : INFAQ RAMADAN PASTI SMART AMILIN (RM50)
- PAKEJ D : INFAQ RAMADAN PASTI SMART AMILIN (RM20)
- PAKEJ E : INFAQ RAMADAN PASTI SMART AMILIN (SEIKHLAS HATI)
Semoga sumbangan tuan/puan untuk PASTI Smart Amilin diganjari dengan saham pahala yang berpanjangan, kelapangan pintu rezeki dan kesihatan yang baik dari Allah SWT.
Untuk Sumbangan Secara Terus Boleh Bank Transfer / CD - Online Transfer/CDM Melalui Akaun Di Bawah
Bank : CIMB
Nama : PASTI SMART AMILIN
Letakkan Reference/Remark : " INFAQ RAMADAN " untuk mudah kami semak transaksi sumbangan
Untuk maklumat lanjut berkaitan INFAQ RAMADAN PASTI SMART AMILIN, boleh hubungi,
"PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG"
Pemberitahuan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD selepas pembayaran dibuat. Toyyibpay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.